Resepi Ayam Goreng Kunyit versi Syahira

Thursday, 29 January 2015

Entri lepas aku ade cakap,aku tak cukup bahan yang sayur tu, so aku masak bodoh je la (bahasa abah aku) kalo ade lebih bahan, boleh la nanti campur je.

Bahan-Bahan

3 @ 4 ketul ayam ( dipotong cube)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1labu bawang besar
4-7 cili padi (ikut suka korang...aku suka pedas,so aku lebihkan. Untuk cili padi,separuh aku tumbuk,separuh aku potong)
serbuk kunyit
garam
minyak masak
lada sulah@lada hitam (optional)

Cara-cara

1.Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan biarkan seketika
2.Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk
3.Masukkan ayam dan goreng hingga masak..tak payah lame sangat nanti isi ayam tu keras pulak
4.Last sekali masukkan bawang besar,cili padi..aku taruk cili padi sebab cili merah takde, lagipun nak rase lagi pedas..kalo rase nak kuningkan lagi taruk serbuk kunyit sikit pastu rase la garam tu
5. Taburkan lada sulah atau lada hitam..kalo tak nak pun tak pa..tutup api dan selamat melantak!!!

Actually nak masak tak payah ikut resepi asal pun takpa..asal bahan asas ade..kan-kan... so selamat mencuba!!!

0 comments:

Blog contents © Syahira's story 2010. Blogger Theme by Nymphont.